PETALING JAYA: Sambutan Tahun Baharu 2026 yang diraikan dalam suasana penuh harmoni malam tadi merupakan pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia mencerminkan keindahan kepelbagaian budaya serta semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam menyambut tetamu dari seluruh dunia.
“Detik kemuncak sambutan diserikan dengan persembahan multimedia berskala besar termasuk pertunjukan bunga api yang memeriahkan kawasan tumpuan pelancongan dalam suasana aman dan tertib.
“Moga penganjuran sebegini terus memperkukuh keharmonian dan perpaduan nasional serta membuka lembaran baharu dalam memposisikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra, inklusif dan dihormati di persada global,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN










