KUALA LANGAT: Lebih 4,000 pengunjung memeriahkan acara Night Splash! bertemakan “Awaken of Maya: The Mythic Countdown” anjuran GL Play by Gamuda Land sempena sambutan malam Tahun Baharu 2026.
Acara berlangsung di SplashMania Waterpark, Gamuda Cove dekat sini menawarkan pengalaman penuh keseronokan kepada pengunjung menerusi 24 gelongsor air dan 15 tarikan utama lain.
Sambutan diserikan dengan persembahan DJ bertenaga oleh The Maya Ladies @PLAY (DJ Jenna Chew dan DJ Cassie D), penari api, penghibur tribal serta Maya Market Bazaar.
Pengunjung juga berpeluang menikmati akses eksklusif ke Maya’s Lounge VIP Viewing Deck di Amazonia, mercu tanda ikonik SplashMania.
Selain Night Splash, sambutan dimeriahkan dengan pelbagai acara lain antaranya Year-end Food Fiesta di FunPark Gamuda Luge Gardens dan Cove Vibes Market di TownSquare. Turut diadakan promosi khas seperti Jingle Thrills dan Jingle Ride yang menawarkan pengalaman pelbagai taman dan tarikan.
Selain itu, terdapat gelongsor paling curam di Malaysia pada sudut 78°, ke Goosebumps Rope Course di Discovery Park serta pengalaman safari alam semula jadi Nature Wanderlust yang menenangkan di Paya Indah Discovery Wetlands (PIDW).
Pengunjung juga berpeluang menikmati perjalanan seharian penuh cabaran, keseronokan dan keindahan alam.
Sambutan diakhiri dengan Kiraan Detik Mitikal dan pertunjukan bunga api menandakan bermulanya Tahun Baharu 2026. – UTUSAN










