KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan mewujudkan sebanyak 350 kelas prasekolah di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sebanyak 150 kelas prasekolah telah diwujudkan pada tahun lalu yang membabitkan pelbagai jenis institusi pendidikan di bawah kementerian itu. Katanya, sehingga kini terdapat seramai 214,122 murid membabitkan 10,514 kelas prasekolah Kementerian Pendidikan yang kini beroperasi di 6,469 sekolah di seluruh negara. “Kementerian Pendidikan melakukan peluasan prasekolah pada…










