SEREMBAN: Isu rasuah membabitkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, rakyat masih menaruh kepercayaan penuh terhadap anggota pertahanan termasuk veteran. Menurutnya, rakyat sememangnya menyedari pengorbanan besar yang telah dicurahkan oleh pasukan ATM demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. “Saya fikir rakyat tidak sedikit pun hilang keyakinan kerana kita tahu ini bukan perkara yang boleh dilihat secara…










