Dua pelajar UiTM Rembau maut motosikal terbabas

Dua pelajar UiTM Rembau maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Dua orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, kejadian pukul 4 petang itu melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang Ismawanie Husna Ismail, 19, bersama rakannya, Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-kedua mangsa dalam perjalanan dari arah UiTM Rembau menghala ke pekan Lubok Cina sebelum motosikal ditunggang tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh jalan.

“Akibat kejadian itu, motosikal terbabit terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi penghadang.

“Susulan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasani berkata, bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Rembau manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN