PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan buat mangsa, Reeya Kaur Thandal yang masih menjalani rawatan susulan insiden letupan gas penyaman udara di HELP University. Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan atas pemergian mangsa akibat tragedi berkenaan serta mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan itu. Menurut Anwar, beliau juga menzahirkan rasa simpati kepada semua pihak yang terkesan dengan…










