Amaran hujan berterusan di tiga negeri minggu hadapan

Amaran hujan berterusan di tiga negeri minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri susulan jangkaan hujan berpanjangan bermula minggu hadapan.

MetMalaysia berkata, analisis model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 8 Januari ini, sekali gus berpotensi membawa hujan lebat berterusan di beberapa kawasan.

Katanya, hujan berterusan dijangka melanda kawasan timur dan utara Semenanjung dari 5 hingga 8 Januari, selain berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh sama.

“Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (waspada) dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari 5 hingga 8 Januari 2026, manakala Pahang dari 6 hingga 8 Januari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 6 Januari ini bagi Laut China Selatan termasuk perairan barat Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN