BANGKOK: Wassof Rumijam menghadiahkan emas kedua buat kem muay thai di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih emas kategori bawah 54 kilogram (kg), sebentar tadi.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee itu, Wassof berjaya menyerap tekanan untuk menewaskan atlet tuan rumah, Huanak Thongchai dengan kiraan mata 29-28.
Menurut Wassof, dia memberi tumpuan penuh kepada latihan selama empat bulan di Thailand sebagai persediaan untuk menyertai temasya terbesar Asia Tenggara itu.
Katanya, dia layak untuk mengatasi Thongchai kerana pada pusingan ketiga, atlet tuan rumah itu gagal mengutip mata maksimum selepas setiap tendangan dapat ditepis dengan baik.
Emas pertama kem muay Thai disumbangkan oleh Yan Jia Chi atau lebih dikenali sebagai Angie dalam acara wai kru, juga menewaskan atlet tuan rumah, Thongduan Thanawan.-UTUSAN










