Lebih 10 anggota polis maut serangan di Balochistan

Lebih 10 anggota polis maut serangan di Balochistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUETTA: Pemisah etnik Baloch melancarkan serangan terancang di seluruh wilayah Balochistan di Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 anggota polis dalam kejadian keganasan terbaharu di kawasan barat daya yang bergolak itu.

Pakistan bergelut dengan pemberontakan pemisah di Balochistan selama beberapa dekad yang menyasarkan pasukan kerajaan, warga asing dan penduduk bukan tempatan di wilayah kaya mineral bersempadan dengan Afghanistan dan Iran itu.

“Serangan bersenjata dan serangan bunuh diri yang terancang sedang berlaku di seluruh Balochistan, terutamanya di daerah Quetta, Pasni, Mastung, Nushki dan Gwadar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekurang-kurangnya empat anggota polis terbunuh di Quetta sahaja. Serangan itu gagal disebabkan perancangan yang buruk dan tindak balas keselamatan yang berkesan.,” kata seorang pegawai keselamatan kanan yang berpangkalan di ibu negeri Quetta.

Sekurang-kurangnya empat pegawai polis dari daerah-daerah berkenaan mengesahkan situasi masih belum sepenuhnya terkawal.

Perkhidmatan telefon mudah alih diganggu dan trafik terhenti di kawasan terjejas, manakala perkhidmatan kereta api digantung di seluruh wilayah itu.

Tentera Pembebasan Baloch (BLA) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, mendakwa mensasarkan kem tentera, pegawai polis dan pentadbiran awam melalui serangan bersenjata serta letupan bunuh diri.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini