MELAKA: Pulau Besar di sini bakal dinyahwartakan sebagai Taman Laut sekali gus membolehkan nelayan kembali menangkap ikan di kawasan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kerajaan negeri kini sedang menunggu keputusan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meluluskan permohonan berkenaan. Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri telah meluluskan kawasan tersebut dinyahwartakan sebagai Taman Laut. “Kerajaan negeri mengambil keputusan tersebut mengambil…









