Perlis pantau projek secara berkala, pastikan ketelusan perbelanjaan

Perlis pantau projek secara berkala, pastikan ketelusan perbelanjaan

MOHD. Shukri Ramli menjawab soalan dalam sidang DUN Perlis di Kompleks Seri Putra, Kangar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan melaksanakan pemantauan sesuatu projek secara berkala bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan perbelanjaan melalui bajet diperuntukan.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pemantauan tersebut termasuk mengadakan semakan fizikal di tapak, mendapatkan laporan kemajuan oleh agensi pelaksana dan melaksanakan kawal selia perbelanjaan secara berhemah.

Katanya, projek-projek yang dilaksanakan juga dipantau melalui platform mesyuarat jawatankuasa koordinasi dan pemantauan yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Ujar beliau, selain itu, projek-projek di bawah kerajaan negeri dipantau melalui mesyuarat penyelarasan dan pemantauan prestasi projek pembangunan negeri yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri secara berkala.

“Dalam memastikan bajet negeri benar-benar memberi impak kepada pembangunan ekonomi Perlis, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan masuk, selaras dengan fokus belanjawan negeri 2025 bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan negeri telah memberi mandat kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Pelaburan CVIA untuk menyelaras kemasukan pelabur ke CVIA dengan telus. Selain itu, Perlis Inland Port (PIP) juga diposisikan sebagai pintu masuk logistik baharu yang menghubungkan Perlis dengan Thailand, China dan pasaran ASEAN. 

“Usaha ini adalah sejajar dengan inisiatif bajet bagi merangsang sektor perindustrian dan memperkukuh rangkaian logistik negeri,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Saad Seman (PN-Chuping) berkaitan sejauh mana ketelusan penggunaan bajet negeri bagi tahun 2025 dan sejauh mana keberkesanan serta tindakan mengurangkan ketirisan, kelewatan projek dan pembaziran dapat diatasi.

Mohd. Shukri berkata, kerajaan negeri kekal komited untuk mengurangkan ketirisan dan kelewatan projek menerusi penggunaan papan pemuka pemantauan projek pembangunan serta pewujudan portal pelaburan swasta Perlis pada tahun hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN