Negeri Sembilan dalam proses semakan akhir lesenkan STRA

Negeri Sembilan dalam proses semakan akhir lesenkan STRA

NICOLE Tan Lee Koon ketika di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keperluan perlesenan Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) di Negeri Sembilan kini dalam proses menunggu semakan akhir Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, perkara itu seterusnya akan dikemukakan ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi pertimbangan dan pewartaan.

“Garis panduan serta kaedah pelaksanaan yang seragam akan dikongsi dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaik keputusan muktamad diperoleh bagi memastikan pengoperasian STRA berjalan teratur dan selaras dengan kehendak undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini, hari ini.

STRA merujuk kepada premis penginapan yang disewa untuk tempoh pendek seperti inap desa dan Airbnb.

Nicole Tan dalam pada itu memberitahu, Negeri Sembilan setakat ini mempunyai sembilan kawasan ataupun kluster inap desa yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Tambahnyam kerajaan negeri juga kini menumpukan pengenalan pakej pelancongan bersepadu yang menggabungkan penginapan inap desa dengan aktiviti ekopelancongan, pengalaman komuniti serta warisan budaya.

Langkah itu menurutnya, bertujuan meningkatkan pilihan penginapan serta pendapatan setiap pengusaha terlibat.

“Kami (kerajaan negeri) juga melaksanakan promosi secara digital termasuk media sosial, kerjasama dengan ejen pelancongan serta penyertaan dalam misi pameran dan jualan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Pengusaha inap desa turut diberikan latihan dan bimbingan bagi meningkatkan merangkumi perkhidmatan, pengurusan operasi serta pengalaman tetamu secara profesional.

“Kerajaan negeri turut memperkasakan penganjuran ‘fam trip’ melibatkan ejen pelancongan dari dalam dan luar negara bagi memastikan pakej lawatan yang ditawarkan memasukkan pengalaman inap desa sebagai destinasi pilihan pelancong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN