Kerajaan lancar inisiatif percepat agenda tenaga bersih

Kerajaan lancar inisiatif percepat agenda tenaga bersih

FADILLAH Yusof pada Majlis Perasmian Persidangan Peralihan Tenaga Bersih Asia 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan inisiatif untuk mempercepatkan pelaksanaan agenda tenaga bersih dan pengurangan karbon di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Transisi Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Fadillah Yusof berkata, inisiatif dikenali R.A.C.E to ZERO 2026 itu akan memfokuskan pembangunan kapasiti tenaga hijau, penyertaan industri, penyediaan rangka kerja projek serta penghubungan pemain tenaga.

“Matlamat utama inisiatif ini bagi mempercepatkan Malaysia menjadi negara sifar bersih karbon menjelang 2050 dan pengurangan intensiti karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Memuatkan artikel berkaitan…

“R.A.C.E to ZERO 2026 akan menjadi pemangkin utama transisi tenaga, termasuk memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya ketika merasmikan  Sidang Kemuncak Clean Energy Transition Asia (CETA) 2025 di sini hari ini.

Menurutnya, sasaran inisiatif ini adalah menjadikan 70 peratus kapasiti tenaga berasal daripada sumber hijau menjelang 2050.

“Negara mencatat kemajuan melalui projek seperti perdagangan tenaga serantau di bawah ASEAN Power Grid, eksport 50MW tenaga boleh diperbaharui ke Singapura, dan pembangunan sistem bateri berskala grid.

“Inisiatif ini mempercepat projek industri hijau, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan mengukuhkan kedudukan sebagai hab tenaga bersih di rantau ini,” katanya.

Fadillah berkata, transisi tenaga bukan hanya soal teknologi, tetapi strategi jangka panjang bagi daya saing negara.

“Pilihan yang dibuat hari ini akan menentukan masa depan tenaga, ekonomi, dan peluang pekerjaan untuk puluhan tahun akan datang,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN