Jurulatih Valencia CF meninggal dunia dalam tragedi bot terbalik

Jurulatih Valencia CF meninggal dunia dalam tragedi bot terbalik

JURULATIH pasukan wanita Valencia B, Fernando Martín, bersama tiga anaknya berusia 9, 10 dan 12 tahun dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan tragis apabila bot pelancong yang dinaiki mereka karam di perairan Taman Negara Komodo, timur Bali, Indonesia, namun isterinya dan anak perempuan bongsu berusia tujuh tahun berjaya diselamatkan selepas terperangkap, dengan difahamkan seramai 11 individu berada di atas bot berkenaan. - IHSAN X
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita sedih selepas jurulatih Valencia CF, Fernando Martin, meninggal dunia bersama tiga orang anaknya apabila bot yang mereka naiki terbalik di perairan Indonesia, semalam.

Valencia CF dalam kenyataan rasmi mereka menyifatkan tragedi itu sebagai kehilangan yang amat duka cita, khususnya ke atas jurulatih pasukan wanita Valencia B itu serta tiga orang anaknya.

“Amat berduka cita atas pemergian Fernando Martin, jurulatih Valencia CF Femenino B, serta tiga orang anaknya, dalam tragedi kemalangan bot di Indonesia, seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu.

Menurut pihak berkuasa Indonesia dan Sepanyol, Martin dan tiga anaknya dilaporkan hilang selepas bot yang membawa 11 penumpang karam akibat cuaca buruk di Selat Pulau Padar, berhampiran destinasi pelancongan popular Labuan Bajo.

Fathur Rahman, penyelaras misi Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia, berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga pagi ini bagi mengesan mangsa yang terlibat.

Real Madrid CF turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Martin, 44, yang sebelum ini merupakan pemain divisyen dua Sepanyol dan baru dilantik sebagai jurulatih Valencia B pada tahun ini.

Isteri Martin bersama seorang anak perempuan, serta empat kru bot dan seorang pemandu pelancong berjaya diselamatkan, menurut kenyataan rasmi SAR, namun kesedihan keluarga itu tetap dirasai seluruh komuniti bola sepak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN