Letupan baharu gegarkan Dubai, Doha dan Manama

Letupan baharu gegarkan Dubai, Doha dan Manama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Letupan baharu kedengaran di bandar-bandar Teluk Dubai, Doha dan Manama hari ini, susulan serangan Iran di rantau Asia Barat sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Wartawan AFP melaporkan bunyi letupan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Doha, Qatar dan Manama, Bahrain, di mana siren kecemasan turut diaktifkan.

Letupan baharu ini berlaku sehari selepas serangan maut Iran di ibu kota Abu Dhabi, yang menyasarkan pangkalan tentera dan infrastruktur termasuk lapangan terbang di seluruh Teluk, kecuali Oman yang menjadi orang tengah.

Serangan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik lebih luas dan menggoncang sebuah rantau yang sebelum ini dilihat sebagai antara lokasi paling aman dan selamat ketika Asia Barat terus bergolak.

Iran melepaskan 137 peluru berpandu dan 209 dron ke arah UAE, menurut kementerian pertahanan negara itu, dengan kebakaran dan asap meliputi mercu tanda seperti The Palm dan Burj Al Arab.

Lapangan terbang Dubai dan Abu Dhabi turut menyaksikan seorang maut dan dilaporkan mengalami beberapa insiden, manakala lapangan terbang Kuwait turut menjadi sasaran.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN