Danish sambar gangsa 100m

Danish sambar gangsa 100m

DANISH hanya dipisahkan 0.01 saat daripada perak yang dimenangi pelari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri yang mencatat 10.25s.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menghadiahkan gangsa bermakna buat kontinjen negara selepas menamatkan final 100 meter (m) lelaki dengan catatan 10.26 saat (s) pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Supachalasai, hari ini.

Danish hanya dipisahkan 0.01 saat daripada perak yang dimenangi pelari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri yang mencatat 10.25s.

Emas milik sensasi Thailand, Puripol Boonsoon yang sekali lagi memukau ribuan penyokong tuan rumah apabila mencatat 10.00s dalam aksi final.

Terdahulu, trek Supachalasai bergema apabila Puripol memahat sejarah baharu Asia Tenggara dengan larian 9.94s dalam saringan pertama, menjadikannya manusia pertama rantau ini berlari di bawah 10s.

Catatan itu turut melebur rekod peribadi dan mengesahkan reputasinya sebagai jaguh pecut Asia Tenggara selepas turut merangkul emas di Vietnam pada 2021.

Dalam pada itu, acara baling tukul besi lelaki turut menyaksikan dua wakil negara berada di podium selepas Sadat Marzuqi Ajisan meraih perak dengan balingan 60.15m.

Raja tukul besi Malaysia, Jackie Wong Siew Cheer turut menghadiahkan gangsa buat Malaysia dengan catatan 59.81m dalam saingan yang dikuasai atlet Thailand, Kittipong Boonmawan yang memenangi emas menerusi balingan 63.11m.

Acara lompat kijang lelaki pula menyaksikan Andre Anura Anuar meraih perak selepas Ho Trong Manh Hung dari Vietnam merampas emas, manakala gangsa menjadi milik Gabriel Lee dari Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN