PUNCAK ALAM: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi bayangan bahawa beliau mungkin tidak akan bersama suruhanjaya itu untuk tempoh yang lama. Beliau berkata, kontraknya yang telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sebelum ini menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati. “Insya Allah, tahun depan tempoh perkhidmatan saya akan tamat, ia telah disambung tiga kali sebelum ini. “Orang pun sudah tidak suka saya, Rafizi (Ahli Parlimen…










