Dedahkan segera hasil siasatan pemilikan saham Azam Baki

Dedahkan segera hasil siasatan pemilikan saham Azam Baki

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mendedahkan secara telus laporan penuh siasatan berhubung isu pemilikan saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, walaupun siasatan berhubung tuduhan tersebut dilaporkan telah selesai dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, namun sehingga kini tiada maklumat terperinci mengenai hasil siasatan itu diumumkan kepada orang ramai.

Beliau berkata, setakat ini maklumat yang diketahui hanya diperoleh daripada sidang media Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang tidak menjelaskan laporan penuh hasil siasatan tersebut.

Katanya, kerajaan perlu segera mengumumkan secara terperinci hasil siasatan tersebut termasuk jumlah saham dimiliki, syarikat yang terlibat serta bagaimana pelanggaran itu berlaku bagi mengelakkan spekulasi terus berlarutan.

“Setakat ini maklumat yang dilaporkan daripada sidang media itu memberi gambaran bahawa Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan sehingga perkara itu dirujuk kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, kerajaan juga dilaporkan tidak akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat dan persubahatan SPRM kerana perkara tersebut akan diteliti oleh agensi penguat kuasa sedia ada.

Menurut beliau, kegagalan kerajaan mengumumkan hasil siasatan secara telus berisiko menimbulkan pelbagai spekulasi kerana maklumat dari kerajaan akan terus bocor kepada media dan orang ramai.

“Antara dakwaan yang kini berlegar ialah penemuan siasatan berkaitan pemilikan saham Azam Baki yang dikatakan berjumlah kira-kira RM14 juta dalam sembilan syarikat.

“Malah, pembelian saham tersebut juga didakwa tidak mendapat kelulusan atau tidak diisytiharkan seperti yang sepatutnya.

“Rakyat berhak mengetahui perincian hasil siasatan kerana jika jumlah saham yang ditemui adalah RM14 juta seperti yang didakwa, isu ini tidak wajar ditangani semata-mata sebagai pelanggaran peraturan penjawat awam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×