PETALING JAYA: Cuaca buruk dijangka melanda beberapa negeri di utara dan barat Semenanjung susulan pembentukan satu sistem tekanan rendah di Selat Melaka. Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, sistem berkenaan kini berada pada kedudukan 5.4°U 98.3°T berhampiran perairan utara Semenanjung dan hampir pegun sebelum dijangka bergerak ke arah barat laut menuju Teluk…









