Amaran hujan berterusan tahap bahaya

Amaran hujan berterusan tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa negeri sehingga 29 Disember ini (Isnin).

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, negeri terlibat ialah Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Kelantan di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Keadaan sama dijangka berlaku di Pahang di kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin sehingga Isnin.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan tahap waspada (kuning) sehingga Isnin di Kelantan membabitkan Gua Musang serta Pahang di Jerantut, Maran dan Bera.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN