Rentung dalam kereta terbakar

Rentung dalam kereta terbakar

KEADAAN kereta yang terbakar di Jalan Tanjung Datok Ayong Lanai, Miri sebelum satu jasad ditemukan rentung di dalamnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan rentung di dalam kereta yang terbakar di Jalan Tanjung Datok Ayong Lanai di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 3.39 pagi, hari ini dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri yang tiba di lokasi mendapati kereta Proton Satria Neo itu telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba segera bertindak memadam api sehingga padam sepenuhnya.

“Setelah api berjaya dipadamkan, pasukan bomba menjumpai seorang mangsa yang tidak diketahui jantina dan identiti telah rentung di tempat duduk hadapan kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pasukan bomba seterusnya menyerahkan mangsa rentung tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN