Program advokasi kanak-kanak JKM diiktiraf MBOR

Program advokasi kanak-kanak JKM diiktiraf MBOR

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program advokasi kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Terbesar dengan penyertaan 128,148 kanak-kanak di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, program itu bukan sahaja mencapai sasaran awal malah melepasi  petunjuk prestasi utama (KPI) nasional melibatkan sekolah dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK).

“Sasaran asal 300 sekolah dan 30 PAKK telah dijangkaui pada tahun 2024 dengan pencapaian 112 peratus melibatkan 337 sekolah dan manfaat kepada 128,148 kanak-kanak.

“Sehingga 13 November 2025, pelaksanaan program meningkat kepada 517 sekolah, bersamaan 172.3 peratus, selain diperluas ke 44 PAKK, memberi manfaat kepada 61,603 kanak-kanak di seluruh negara.

“Pencapaian ini menunjukkan kesedaran masyarakat semakin meningkat dan melalui program seperti ini, kita harap jurang hubungan antara generasi dapat dieratkan serta nilai kasih sayang dan hormat-menghormati terus dipupuk,” katanya pada sidang akhbar Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2025 di Stadium Merdeka, hari ini.

Majlis perasmian sambutan bertema ‘Hari Ini, Suaraku’ itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail yang menegaskan komitmen kerajaan terhadap dasar perlindungan kanak-kanak.

Sementara itu, menurut Azizah, kerajaan sentiasa komited  memberi tumpuan kepada isu buli, jenayah seksual, eksploitasi media sosial dan ancaman siber yang semakin meningkat.

Sambutan itu turut disertai lebih 1,000 kanak-kanak itu turut menyampaikan tujuh anugerah termasuk Anugerah Pingat Hang Tuah 2025 kepada Mohamad Amirul Asyraf  Khairul Azahar atas keberanian ketika situasi kecemasan, selain pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan untuk pengembangan sahsiah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×