Jabatan Kebajikan Masyarakat nafi penglibatan pegawai dalam video tular

Jabatan Kebajikan Masyarakat nafi penglibatan pegawai dalam video tular

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan penglibatan mana-mana pegawainya dalam satu video tular di media sosial yang mendakwa kehadiran pegawai jabatan itu dalam kejadian berkenaan.

JKM dalam kenyataan memaklumkan, individu yang dirujuk dalam video tersebut bukan merupakan pegawai jabatan itu, sekali gus menegaskan JKM tidak terlibat dalam sebarang tindakan seperti yang digambarkan.

“Setiap pegawai JKM yang menjalankan siasatan tertakluk kepada tatacara kerja semasa termasuk memperkenalkan diri, menunjukkan kad kuasa atau pengenalan rasmi serta melaksanakan tugas secara profesional dan beretika.

“JKM memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan reputasi jabatan,” katanya.

Sehubungan itu, JKM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan digalakkan membuat semakan melalui saluran rasmi sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan kebajikan.

Sebarang aduan atau rujukan boleh disalurkan melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam, selain menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN