PETALING JAYA: Petugas perubatan di beberapa hospital universiti awam didakwa masih menerima bayaran mengikut kadar lama Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) walaupun kadar baharu telah berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu. Hospital universiti terlibat termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Ahli Dewan Negara, Dr. R.A. Lingeshwaran berkata, perkara itu menimbulkan percanggahan serius memandangkan pengumuman…










