Peniaga tudung maut elak lembu melintas

Peniaga tudung maut elak lembu melintas

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang wanita berusia 23 tahun maut dalam kemalangan jalan raya setelah motosikalnya terbabas dipercayai mengelak daripada lembu yang melintas di Jalan Ulu Melaka, di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar 11.40 malam, mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri yang merupakan peniaga tudung disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mangsa dari arah Ulu Melaka menghala ke Air Hangat dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas akibat mengelak lembu melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan jalan. 

“Akibat kejadian, mangsa telah jatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN