PETALING JAYA : Ahli perniagaan Albert Tei telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi ini.
Perkara itu disahkan peguamnya, Mahajoth Singh kepada Utusan Malaysia di sini hari ini
Mahajoth memaklumkan , sepasukan anggota dan pegawai SPRM telah hadir ke kediaman ahli perniagaan itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.
Katanya, anggota dan pegawai SPRM itu tidak memaklumkan alasan kehadiran mereka di kediaman Albert Tei.
“Mereka kemudian mengeledah dan membawa Albert tanpa memaklumkan kepada pihak kami apa pun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Utusan Malaysia cuba mendapatkan pengesahan SPRM berhubung perkara ini, namun difahamkan satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat. – UTUSAN










