KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 syarikat dan usahawan bumiputera daripada pelbagai industri menerima pengiktirafan atas sumbangan cemerlang kepada ekonomi negara. Ia menerusi penganugerahan Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, usahawan bumiputera bukan lagi sekadar penyumbang kepada ekonomi domestik, sebaliknya telah muncul sebagai pemain penting pembangunan serantau dan global. Katanya, perkembangan itu membuktikan ketahanan serta kemampuan komuniti perniagaan bumiputera…










