Ekonomi negara kekal kukuh walaupun dunia berdepan ketidaktentuan

Ekonomi negara kekal kukuh walaupun dunia berdepan ketidaktentuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan kadar pertumbuhan 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025 meskipun dunia masih bergelut dengan ketidaktentuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar pengangguran juga telah menurun ke paras tiga peratus iaitu yang terendah dalam tempoh 10 tahun.

“Pada masa sama, kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 4.1 peratus daripada KDNK pada tahun 2024, satu pencapaian yang membuktikan komitmen terhadap pengurusan fiskal yang bertanggungjawab,” katanya dalam Facebook beliau.

Anwar berkata, Kerajaan Madani perlu terus mencari keseimbangan antara usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan, terutama dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

Katanya, pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin, selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA).

“Perkara ini saya tekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC), iaitu sebuah platform penting dalam merangka dasar fiskal yang jelas dan menentukan hala tuju ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN