TH sokong Belanjawan 2026, keperluan haji dipermudah

TH sokong Belanjawan 2026, keperluan haji dipermudah

MUSTAKIM MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belanjawan 2026 membuktikan aspirasi kerajaan dalam mengagihkan hasil manfaat kepada rakyat melalui keutamaan kebajikan kepada golongan yang layak.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad berkata, TH menyokong  usaha kerajaan dalam mempermudahkan urusan bakal haji negara selaras dengan komitmen meningkatkan taraf hidup rakyat serta memanfaatkan hasil reformasi sepenuhnya kepada rakyat melalui belanjawan tersebut.

Katanya, TH berharap sokongan kerajaan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan perjalanan ibadat haji bakal haji berjalan lancar dan mabrur.

“Antara inisiatif penting yang diumumkan ialah kerajaan bersetuju menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadat haji daripada RM3,000 kepada RM10,000. 

“Bagi penjawat awam pula, kemudahan pengeluaran Gantian Cuti Rehat diperluas untuk tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta.

“Kemudahan ini akan dapat membantu lebih ramai bakal haji negara untuk mencukupkan simpanan haji. 

“Inisiatif ini juga selari dengan usaha TH meningkatkan kesedaran para pendeposit agar meningkatkan kadar simpanan bagi melancarkan urusan ibadat haji,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN