RM700 juta rancakkan sektor pelancongan sempena TMM 2026

RM700 juta rancakkan sektor pelancongan sempena TMM 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM700 juta untuk merancakkan sektor pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM500 juta daripadanya adalah untuk digunakan untuk menjayakan Kempen TMM 2026.

Katanya, RM60 juta pula didanakan bagi menggalakkan promosi, pemasaran dan penganjuran acara pelancongan serta aktiviti kebudayaan dan RM50 juta untuk menyokong pengusaha seni dan warisan menjana pendapatan seperti penggiat karya kraf, batik serta tenunan.

“RM50 juta lagi geran padanan menggalakkan penerbangan antarabangsa dan carter ke Malaysia. MAHB Berjaya menarik 10 syarikat antarabangsa ke Malaysia, seperti British Airways, Hong Kong Express dan Jiangxi Air.

“RM25 juta bagi menambah baik kemudahan pelancongan termasuk memulihara tapak UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak; Lembah Lenggong, Perak; dan FRIM Forest Park, Selangor yang baru diisytihar tahun ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak RM20 juta untuk mempergiat program pelancongan kesihatan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia.

“Pulau Langkawi kekal destinasi tumpuan pelancong. Produk geopelancongan akan dibangunkan iaitu Kilim Geoforest Park, trail kembara Gua Selat Panchor dan geotrail pendakian di Langkawi UNESCO Global Geopark,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN