Gulf Air kembali ke KL sempena Formula 1, TMM 2026

Gulf Air kembali ke KL sempena Formula 1, TMM 2026

HASBI Habibollah bersama Duta Bahrain ke Malaysia, Dr. Waleed Khalifa Al Manea (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Gulf Air, Martin Gauss (kiri) bergambar bersama replika pesawat Gulf Air ketika melancarkan pada majlis penerbangan sulung Gulf Air ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Syarikat penerbangan berpangkalan di Bahrain, Gulf Air kembali menawarkan perkhidmatan antara Kuala Lumpur dan negara itu menerusi penerbangan terus menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner hari ini.

Penawaran perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu itu kembali ke negara ini selepas 14 tahun.

Pengarah Urusan Malaysia Airports (MAHB), Datuk Mohd. Izani Ghani berkata, pihaknya mengalukan kehadiran Guld Air khususnya menjelang penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 dan ketika Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan jangkaan peningkatan jumlah pelawat antarabangsa, kami bersedia menguruskan jumlah penumpang yang lebih tinggi selain menyediakan pelan operasi di kedua-dua terminal.

“Ini termasuk mengoptimumkan aliran penumpang, bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan agensi kerajaan berkaitan, selain memperkukuh sokongan di lapangan terbang bagi memastikan pengalaman ketibaan lancar dan mesra.

“Jadi, MAHB menghargai komitmen Gulf Air terhadap perkhidmatan ditawarkan sepanjang tahun ini dan berharap akan terus mengembangkan kerjasama berkenaan,” katanya ketik berucap pada Majlis Sambutan Ketiban Gulf Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolla; Duta Malaysia ke Bahrain, Datuk Shazryll Zahiran dan Pengerusi Gulf Air, Khalid Husain Taqi.

Pada masa sama, perkhidmatan baharu itu turut mengukuhkan peranan KLIA sebagai pintu masuk antarabangsa utama Malaysia, dengan menyediakan akses lebih mudah kepada pelancong dari Bahrain dan rantau sekitarnya ke Kuala Lumpur serta sambungan penerbangan domestik ke destinasi seperti Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ia dijangka menyokong perjalanan bagi tujuan riadah, perniagaan dan acara, termasuk pelancong yang menghadiri Formula 1 di Sepang selain meluaskan manfaat pelancongan ke destinasi lain di seluruh Malaysia.

Selain itu, ketika ditanya mengenai persediaan MAHB sempena penganjuran Formula 1, Mohd. Izani berkata, pihaknya akan memastikan operasi di KLIA berjalan lancar can mengikut perancangan ditetapkan.

“Kami menyasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung sempena tiga hari penganjuran Formula 1 dengan kemuncak dijangka pada hari terakhir.

“Jadi, kami telah menguruskan berkaitan urusan parkir selain menasihatkan pengungjung untuk menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelakkan kesesakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×