Malaysia perkukuh kedudukan sebagai hab pelancongan perubatan

Malaysia perkukuh kedudukan sebagai hab pelancongan perubatan

TIONG King Sing (tengah) ketika hadir pada majlis pelancaran REN Wellness Retreat T&CM Centre di Subang Jaya, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembukaan pusat kesihatan, REN Wellness Retreat T&CM Centre di Subang Jaya di sini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau dalam sektor pelancongan perubatan dan kesejahteraan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pusat kesihatan menambah nilai besar kepada ekosistem pelancongan kesihatan negara, selain menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Malaysia kini diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana mempunyai asas kukuh dalam pelancongan kesihatan dan kesejahteraan.

“Tourism Malaysia juga memperkenalkan 42 pakej pelancongan kesihatan dan kesejahteraan yang menggabungkan pengalaman perubatan, tradisional dan holistik.

“REN Wellness Retreat mampu memacu pembangunan pelancongan kesihatan di Malaysia, “katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu di sini, hari ini.

King Sing berkata, sektor pelancongan perubatan dan kesejahteraan kini menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, dengan hasil pendapatan lebih RM2.25 bilion direkodkan pada tahun 2023.

Tambahnya, ia juga memberi kesan limpahan sekitar RM9.6 bilion kepada sektor berkaitan seperti pengangkutan, penginapan serta makanan dan minuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN