Malaysia dijemput hadir Pameran Ekonomi dan Pemerdagangan Antarabangsa Harbin

Malaysia dijemput hadir Pameran Ekonomi dan Pemerdagangan Antarabangsa Harbin

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia diberi penghormatan apabila China menjemput delegasi negara ini untuk menghadiri Pameran Ekonomi dan Pemerdagangan Antarabangsa di Harbin, China.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, justeru itu, KPKT akan menjalankan kerjasama dengan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa produk daripada Kampung Baru ke festival berkenaan.

“Harbin Ekspo adalah antara ekspo paling besar di negara China yang telah diadakan pada bulan Mei tahun ini dan berjaya mencatat nilai dagangan RM200 bilion. Tahun depan, Malaysia akan diberikan penghormatan sebagai negara terhormat.

“Sebab itu KPKT bersama dengan NGO akan adakan Pavilion Malaysia di sana. Antara fokusnya adalah pemasaran dengan membantu memasarkan produk-produk daripada kampung supaya kita dapat merancakkan lagi ekonomi tempatan khususnya membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Wow! Kampung Baru Zon Tengah dan Tengah di Sutera Mall, di sini hari ini.

Terdahulu, Kor Ming menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Produk Kampung Baru.

Sementara itu, Kor Ming berkata, Ekspo Kampung Baru yang dianjurkan kali kedua di selatan tanah air selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Oktober antara lain bertujuan untuk memperkasakan ekonomi komuniti serta ekonomi di peringkat kampung dan desa.

“Dasar KPKT, satu kampung satu produk. Di Malaysia, kita ada 613 buah kampung baru, 16,000 kampung tradisi.

“Sekiranya setiap kampung dapat menghasilkan satu produk ataupun jenama yang dapat mengharumkan nama negara, maka dia akan dapat merancakkan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan untuk warga kampung supaya warga kampung tidak perlu berhijrah daripada kampung halaman,” ujarnya.

Beliau berkata, Ekspo Kampung Baru akan dinaik taraf ke peringkat kebangsaan tahun hadapan sempena kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN