PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi 2026, meningkat berbanding RM45.3 bilion pada tahun ini dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan negara yang lebih mampan dan inklusif. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor kesihatan memerlukan satu dasar dan pendekatan holistik bagi meleraikan pelbagai isu dan cabaran yang membelenggu perkhidmatan awam ketika ini. Katanya, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menekankan keperluan untuk melaksanakan reformasi menyeluruh sektor…