Kinjo umum persaraan

Kinjo umum persaraan

Risako Kinjo. - FOTO IHSAN United World Wrestling
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bintang gusti Jepun, Risako Kinjo mengumumkan persaraannya daripada arena gusti antarabangsa pada usia 30 tahun, sekali gus menutup tirai kerjaya gemilang yang sarat dengan kejayaan di pentas dunia.

Pemenang dua pingat emas Olimpik itu berkata, beliau kini meninggalkan gelanggang dengan hati yang penuh kepuasan selepas merasai segala suka duka sebagai seorang atlet profesional.

“Saya telah mengalami semua kegembiraan yang datang daripada menjadi seorang atlet. Saya rasa puas,” katanya ketika mengesahkan keputusan persaraannya, semalam.

Kinjo pernah menjuarai kategori 63 kilogram di Sukan Olimpik Rio 2016 sebelum mengulangi kecemerlangan di Tokyo 2020 dalam acara 57 kilogram. 

Atlet kelahiran Okinawa itu turut meraih empat gelaran juara dunia, termasuk yang terakhir pada tahun 2024 ,dua tahun selepas melahirkan anak pertamanya.

Kejayaan Kinjo turut menyerlahkan dominasi keluarga dalam arena gusti Jepun apabila kakaknya, Yukako Kinjo, turut menaiki podium tertinggi di Tokyo selepas menjuarai kategori 62 kilogram.

Dengan keputusan ini, Jepun kehilangan antara ikon gusti paling berjaya dalam sejarahnya, namun nama Risako Kinjo kekal terpahat sebagai simbol ketabahan, kehebatan dan dedikasi luar biasa dalam dunia sukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN