KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu pengambilan tanah Lot 15762 Kampung Jawa, Klang bagi projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ini kerana perkara mengenainya masah dalam perbincangan.
Tambahnya, mesyuarat penyelarasan mengenai perkara yang diadakan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini membabitkan banyak isu teknikal dan belum boleh didedahkan untuk mengelakkan salah faham serta kekeliruan.
“Banyak perkara yang kita sudah bincang tetapi belum boleh dikongsikan. Kita tidak mahu timbul salah tanggapan yang boleh menyebabkan isu ini menjadi keruh.
“Kami mahu selesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin dan saya harap semua faham,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan hari ini.
Isu pengambilan tanah Lot 15762 di Kampung Jawa sebelum ini tular selepas penduduk mendakwa pihak pemaju WCE menggunakan kekerasan dalam proses pengambilan tanah penduduk setempat. Perkara itu namun dinafikan WCE.
Sebelum ini, pendakwa proses pengambilan tanah itu tidak telus dengan pampasan tidak memuaskan namun pihak pemaju menegaskan pengambilan tanah dibuat mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan berdasarkan penilaian semasa. – UTUSAN










