Indeks Pelopor catat penurunan 113.7 mata pada Ogos lalu - Utusan Malaysia

Indeks Pelopor catat penurunan 113.7 mata pada Ogos lalu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prospek ekonomi Malaysia terus menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan penurunan 0.5 peratus kepada 113.7 mata pada Ogos 2025 berbanding 114.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi itu sebahagian besarnya dipengaruhi oleh penurunan ketara dalam Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (-26.9 peratus), sejajar dengan kelembapan permintaan global.

“Pada asas bulanan, IP mencatatkan penurunan 0.8 peratus, dipengaruhi oleh penurunan dalam Import Benar Semi Konduktor (-0.7 peratus), selaras dengan sentimen perdagangan global yang berhati-hati,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, trend arah aliran jangka panjang terlicin IP pada Ogos 2025 kekal berada di bawah 100.0 mata.

“Ini menggambarkan ekonomi Malaysia kekal menyederhana, dipengaruhi oleh landskap domestik stabil sebagai penggerak pertumbuhan dan kepelbagaian industri yang membolehkan kestabilan ekonomi walaupun berdepan cabaran global.

“Sementara itu, Indeks Serentak (IS) yang menggambarkan prestasi ekonomi semasa, mengekalkan momentum positifnya.

“Ini dengan peningkatan tahunan sebanyak 2.1 peratus kepada 128.9 mata pada Ogos 2025 berbanding 126.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh peningkatan dalam Nilai Caruman Benar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 9.6 peratus, selaras dengan trend peningkatan pasaran buruh susulan aktiviti ekonomi domestik yang kukuh.

“Walau bagaimanapun, prestasi bulanan IS menunjukkan sedikit penyederhanaan dengan penurunan sebanyak 0.6 peratus, berikutan kelembapan dalam beberapa komponen, khususnya Penggunaan Kapasiti dalam Pembuatan (-0.3 peratus),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN