Hukuman buang sampah gagal jika tidak konsisten

Hukuman buang sampah gagal jika tidak konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hukuman khidmat masyarakat selama 12 jam terhadap kesalahan membuang sampah akan menjadi hangat-hangat tahi ayam sekiranya penguatkuasaan gagal dilaksanakan secara konsisten dan berterusan.

Presiden Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS), Mohd. Yusaimi Md. Yusof berkata, walaupun hukuman tersebut mempunyai nilai pendidikan dan kesan psikologi yang lebih mendalam berbanding denda, keberkesanannya bergantung sepenuhnya kepada ketegasan pelaksanaan.

Hukuman khidmat ma­syarakat mampu membentuk disiplin serta mengubah perspektif individu terhadap kebersihan persekitaran melalui unsur malu apabila melakukan kerja pembersihan di tempat awam.

“Jika penguatkuasaan hanya dibuat ketika isu menjadi tumpuan dan kemudian senyap, ia akan gagal seperti banyak operasi terdahulu. Undang-undang tanpa ketegasan hanya akan menjadi kenangan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam akhbar me­laporkan kerajaan me­nguatkuasakan hukuman khidmat masyarakat selama 12 jam di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam, sebagai usaha mendidik ma­syarakat menjaga kebersihan dan kesejahteraan persekitaran.

Pegawai Lapangan Sahabat Alam Sekitar Malaysia, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, hukuman khidmat masyarakat perlu dilaksanakan secara berpe­ringkat tetapi tidak boleh dikompromi daripada se­gi konsistensi bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN