Yago, Guilherme senjata baharu JDT

Yago, Guilherme senjata baharu JDT

Marcos Guilherme - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan dua bintang import dari Brazil, Yago Cesar da Silva dan Marcos Guilherme bagi memperkasakan pasukan menghadapi baki saingan Liga Super 2025/2026.

Pengumuman rasmi itu dibuat menerusi hantaran video di laman media sosial Johor Southern Tigers yang menyaksikan Yago diperkenalkan di Stadium Sultan Ibrahim, lengkap menyarung jersi keramat JDT bernombor 97.

Yago, 29, yang beraksi di posisi sayap kiri, tiba dengan reputasi cemerlang selepas membantu Anyang FC menjuarai K-League 2 musim 2023/2024, sekali gus melayakkan kelab Korea Selatan itu ke divisyen utama.

Yago Cesar da Silva – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Sepanjang bersama Anyang FC, beliau merekodkan empat gol dan tujuh bantuan jaringan dalam 33 penampilan.

JDT turut mengesahkan kedatangan Marcos Guilherme, 30, dari Brazil menerusi satu lagi video di platform sama.

“Destinasi terbaru Marcos Guilherme ialah Johor Darul Ta’zim FC!” kata kelab menerusi satu hantaran video di media sosial.

Sebelum ini, Guilherme beraksi secara pinjaman bersama FC Tokyo dari V-Varen Nagasaki dan mencatat 14 penampilan serta satu bantuan gol pada musim 2025.
Sepanjang kariernya bersama Nagasaki, beliau merekodkan 79 penampilan, 17 gol dan 19 bantuan jaringan.

Pemain kelahiran Itararé, Brazil itu turut memiliki pengalaman luas di peringkat antarabangsa selepas pernah beraksi bersama beberapa kelab ternama seperti Dinamo Zagreb, Santos, Sao Paulo, Internacional, Khimki serta Al-Wehda di Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN