Bonnie rangkul kejuaraan dunia

Bonnie rangkul kejuaraan dunia

ATLET powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin bergambar Bersama pingat yang dimenanginya di Kejohanan Para Powerlifting Dunia di Kaherah, semalam. - Ihsan Majlis Sukan Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan dirinya sukar digugat apabila memenangi Kejohanan Para Powerlifting Dunia di Kaherah, semalam sekali gus muncul juara dunia buat kali keempat berturut-turut.

Bonnie beraksi dalam kategori dalam kategori bawah 72 kilogram melakukan angkatan 230kg pada percubaan ketiganya, hampir memecahkan rekod dunia juga miliknya iaitu 232kg ketika beraksi di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tempat kedua dimenangi atlet China, Zhang Pingkang yang membuat angkatan 222kg manakala gangsa milik Mark Swan (217kg) dari Britain dalam pertarungan yang berlangsung di New Capital Sports Hall semalam.

Sebagai rekod, Bonnie sebelum ini pernah merangkul kejuaraan dunia pada edisi 2019, 2021, 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN