Bekas PTD tiba ke mahkamah

Bekas PTD tiba ke mahkamah

Tan Sri Hafizuddiean Jantan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini secara berasingan masing-masing pada pukul 8.10 dan 8.20 pagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Hafizuddiean Jantan akan didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sin hari ini berhubung kes pengubahan wang haram.

Terdahulu, beliau dan isterinya, Salwani Anuar tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini secara berasingan masing-masing pada pukul 8.10 dan 8.20 pagi.

Beliau yang berpakaian serba hitam dilihat memasuki pekarangan mahkamah dengan diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala Salwani pula hadir berkerusi roda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, bekas Pegawai Tentera Darat (PTD) itu bersama dua isterinya ditahan oleh SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

SPRM mengesahkan, sejumlah RM11.4 juta nilai barangan disita dari dua kediaman bekas PTD termasuk satu di rumah rahsia yang terletak di Kuala Lumpur.

Rampasan turut dilakukan di sebuah rumah di Besut, Terengganu dan sebanyak 75 akaun syarikat berjumlah RM32.5 juta turut dibekukan oleh SPRM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×