Bekas PTD tak mengaku terima wang hasil aktiviti haram RM2.1 juta

Bekas PTD tak mengaku terima wang hasil aktiviti haram RM2.1 juta

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan tiba ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM2.1 juta.

Beliau membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM969,000 yang didepositkan ke dalam akaun Bank Muamalat miliknya di antara 7 Mei dan 25 Jun 2025, di cawangan utama bank itu di Jalan Melaka di sini.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, Muhammad Hafizuddeain didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1,153,400 yang didepositkan dalam akaun Maybank miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 2 Februari 2024 dan 7 November 2025 di Menara Maybank dan
Maybank cawangan Bukit Damansara di sini.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Subsekyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan yang digunakan ketika kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×