ASEAN hargai Timor-Leste penuhi syarat

ASEAN hargai Timor-Leste penuhi syarat

ANWAR Ibrahim bersama Perdana Menteri, Xanana Gusmao semasa Majlis Sambutan Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, hari ini. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ASEAN hargai segala usaha dan kesungguhan Timor-Leste dalam memenuhi segala syarat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti itu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan negara anggota lain mengalu-alukan kehadiran negara itu sebagai rakan kongsi yang berfungsi dan berkesan dalam komuniti ASEAN. 

“Kami memahami kesusahan, harapan dan aspirasi anda dan marilah kita bersama-sama membina ASEAN ini. 

“Sekali lagi, terima kasih kerana bersedia mempertimbangkan dan menerima segala syarat yang telah ditetapkan,” katanya pada majlis resepsi sempena kemasukan rasmi Timor-Leste ke ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini, hari ini. 

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Timor-Leste, José Ramos-Horta, dan Perdana Menteri, Xanana Gusmao atas penganjuran majlis berkenaan. 

“Kita, sebagai sebahagian daripada keluarga besar ASEAN, bersukacita dengan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli ke-11 komuniti besar ini. 

“Bagi pihak semua rakan sejawat saya, kami memberi jaminan bahawa anda akan dianggap sebagai rakan yang sebenar, berfungsi dan efektif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN