PETALING JAYA: Seramai 4,316 pelajar baharu mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi akademik 2025/2026. Jumlah itu peningkatan sebanyak 112 orang berbanding 4,214 pelajar pada sesi yang lalu. Daripada jumlah itu, seramai 1,518 adalah pelajar lelaki, manakala 2,798 lagi pelajar perempuan. Pada sesi akademik 2024/2025, UPM merekodkan kemasukan 1,770 pelajar lelaki dan 2,444 pelajar perempuan. Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, UPM turut…