West Ham pecat Potter

West Ham pecat Potter

Potter, 50, dilantik Januari lalu ketika The Hammers berada di kedudukan ke-14 dan menamatkan musim pada tangga sama. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Graham Potter dipecat West Ham selepas hanya sembilan bulan membimbing kelab itu yang kini terperosok di tangga ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Potter, 50, dilantik Januari lalu ketika The Hammers berada di kedudukan ke-14 dan menamatkan musim pada tangga sama.

Namun permulaan musim 2025/26 cukup mengecewakan apabila West Ham hanya meraih tiga mata daripada lima perlawanan.

“Keputusan dan prestasi sejak separuh kedua musim lalu hingga permulaan musim ini tidak mencapai jangkaan, dan lembaga pengarah percaya perubahan perlu dilakukan segera untuk memperbaiki kedudukan pasukan,” menurut kenyataan kelab itu.

West Ham dijadual menentang Everton pada Isnin ini dalam misi penting mengelak terus kekal di zon penyingkiran.

Potter sebelum ini menandatangani kontrak dua setengah tahun selepas menggantikan Julen Lopetegui yang hanya sempat membimbing 22 perlawanan menggantikan David Moyes.

Turut dilepaskan ialah penolong jurulatih Bruno Saltor, jurulatih pasukan utama Billy Reid dan Narcis Pelach serta jurulatih penjaga gol Casper Ankergren dan Linus Kandolin.

“Proses melantik pengganti sedang dijalankan dan kelab tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut pada masa ini,” jelas kenyataan itu lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN