Malaysia-Australia sepakat perdagangan daging halal

Malaysia-Australia sepakat perdagangan daging halal

ANWAR Ibrahim dan Anthony Albanese menyaksikan pertukaran MoU antara Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee (dua dari kanan) dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke (kiri) sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Australia selama tiga hari ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Australia sepakat dalam perdagangan daging halal secara dua hala untuk meningkatkan eksport daging Australia ke negara ini demi memperkukuh jaminan makanan Malaysia.

Kerjasama itu turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan di ladang dan kemudahan pemprosesan di Australia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu akan meningkatkan akses pasaran bagi kedua-dua negara, selain memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian termasuk perkongsian kepakaran dalam pengeluaran dan pengairan bagi menjamin bekalan makanan yang mampan.

“Ketika rantaian bekalan terganggu dan harga makanan meningkat, perjanjian seperti ini memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

“Jarak antara satu perjanjian yang dimeterai dengan hidangan di meja makan sesebuah keluarga adalah lebih dekat daripada yang disangka,” katanya dalam sidang akhbar bersama ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra di sini, hari ini.

Kedua-dua pemimpin menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Australia (DAFF) dalam kerjasama strategik sektor daging merah halal antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia.

Dalam pada itu, Albanese berkata, perbincangan turut menyentuh usaha memperdalam hubungan perdagangan dan ekonomi termasuk menerusi pelaksanaan strategi ekonomi Asia Tenggara-Australia hingga 2040.

“Inisiatif ini merangkumi pelaburan Universiti Monash dalam pembukaan kampus baharu yang telah saya lancarkan pada penghujung tahun lalu,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN