Presiden Filipina joging depan media tepis dakwaan sakit

Presiden Filipina joging depan media tepis dakwaan sakit

PRESIDEN Marcos berjoging ke Istana Malacanang selepas taklimat akhbar pada petang Isnin, untuk membuktikan keadaan kesihatannya.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. melakukan beberapa kali lompat bintang dan berjoging di hadapan wartawan di luar pejabatnya pada Isnin, semata-mata untuk menepis khabar angin mengenai keadaan kesihatannya.

Dalam keadaan lengkap berpakaian formal dan berkasut kulit, pemimpin berusia 68 tahun itu berkata, beliau melakukan senaman spontan tersebut bagi meredakan kebimbangan orang ramai, ketika rakyat berdepan pelbagai cabaran akibat konflik di Asia Barat.

“Saya mencabar sesiapa yang mengatakan saya sakit supaya datang bersenam dengan saya. Datang ke gimnasium dengan saya, kita lihat siapa lebih kuat angkat berat.

“Mereka yang kata saya sakit, lumpuh semuanya penipu,” katanya kepada media.

Khabar angin mengenai kesihatan Marcos dan dakwaan meninggal dunia tersebar di media sosial selepas beliau jarang muncul di khalayak umum pada Januari, sebelum kemudian mengakui dalam mesej video pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah perut yang dikaitkan dengan tekanan serta faktor usia.

Marcos kemudian ketawa dengan khabar angin mengenai kematiannya dan mengesahkan beliau didiagnosis diverticulitis, keradangan pada kantung kecil dalam saluran penghadaman, biasanya di bahagian kolon yang boleh menyebabkan demam, loyak atau sembelit.

Beliau berkata, pemeriksaan terakhir beberapa bulan lalu menunjukkannya pulih daripada penyakit tersebut, dan memaklumkan dirinya kini mengamalkan diet biasa serta bersenam secara berkala.

Marcos juga memaklumkan ada mengambil ubat-ubatan lain untuk penyakit gout dan tekanan darah tinggi.

Sejak memegang jawatan pada pertengahan 2022, Marcos berdepan pelbagai cabaran dan dilema politik yang kompleks termasuk pertikaian wilayah dengan Beijing di Laut China Selatan, bencana alam, tekanan ekonomi serta skandal rasuah melibatkan ahli politik berpengaruh.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN