JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengukuhkan kedudukan sebagai salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) terkemuka negara dengan merekodkan kadar kebolehpasaran graduan 100 peratus tahun lalu. Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim berkata, pencapaian memberangsangkan itu turut membabitkan bidang kritikal dalam jurusan sains, kejuruteraan dan teknologi. Beliau berkata, kejayaan tersebut juga sekali gus menolak pandangan segelintir pihak mengenai isu kursus tidak laku atau kursus lelong, ditawarkan…