JTM sasar 100 peratus kebolehpasaran melalui Institut Proton

JTM sasar 100 peratus kebolehpasaran melalui Institut Proton

ABDUL RAHMAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menyasarkan 100 peratus kebolehpasaran graduan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Proton Holding Berhad (Proton) yang membawa kepada penubuhan Institut Proton.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, melalui MoU bersama Proton, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) dan Persatuan Pembekal Proton Malaysia (PVA) pada 3 Oktober 2024, ADTEC Melaka telah dijenamakan semula sebagai Proton Institute (PI), institusi TVET diterajui industri.

“Melalui pendekatan ini, JTM memastikan tenaga mahir yang dilahirkan selari dengan kehendak industri automotif dan menyasarkan 100 peratus kebolehpasaran graduan melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau  menjawab soalan Mohd. Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang meminta pihak kementerian menyatakan perancangan bagi menyediakan Pusat Latihan TVET atau program khas melalui HRD Corp bagi memastikan anak muda tempatan khususnya di Hulu Selangor dan Tanjung Malim mendapat peluang latihan kemahiran automotif dan sebagainya seiring pembangunan hab automotif.

Menurut Abdul Rahman, langkah itu membolehkan anak muda tempatan di Hulu Selangor dan Tanjung Malim mengikuti latihan kemahiran automotif seiring pembangunan hab automotif negara.

Katanya, Proton Institute dilengkapi dengan fasiliti lengkap termasuk pusat latihan, pusat servis dan pusat jualan Proton 3S sebenar, serta DOJO iaitu ruang latihan khusus dengan peralatan moden.

“Pelajar yang mengikuti latihan dijamin peluang pekerjaan di Proton Tanjung Malim, Proton Edar dan syarikat vendor Proton di seluruh negara,” katanya.

Sehingga 31 Oktober 2025, seramai 1,906 pelajar mengikuti program sepenuh masa, manakala 3,097 tenaga kerja sedia ada telah menyertai program upskilling dan reskilling, tambah beliau.

Menurutnya, pendekatan ini memastikan graduan yang dilahirkan bukan sahaja mahir tetapi juga bersedia terus menyumbang kepada industri automotif negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN