PETALING JAYA: Sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disifatkan sebagai penerima yang sah dan wajar bagi agihan dana zakat. Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ketetapan itu bersandarkan kepada perluasan tafsiran asnaf fi sabilillah oleh ulama kontemporari serta sifat misi GSF yang penuh risiko, pengorbanan dan bertujuan mencapai maslahat tinggi umat Islam. Katanya, penyaluran zakat kepada perbelanjaan operasi GSF bukan sahaja memenuhi kewajipan agama, malah memberi peluang umat…